Tentang Kami

ZMH Pro Renovation

Pengalaman yang Mengagumkan, Hasil yang Luar Biasa

ZMH Pro Renovation bernombor pendaftaran JM0873580-W (201803253635) merupakan sebuah syarikat yang telah ditubuhkan sejak Ogos 2018. Ibu pejabat Persendirian kami terletak di No, 04-03 Jalan harmonium 23/1 Taman Desa tebrau, 81100 Ulu Tiram, Johor, Malaysia (Bersebelah ikea Tebrau). Kami mengkhususkan diri dalam perkhidmatan Pengubahsuaian (RENOVATION) , Rekaan Dalaman (INTERIOR DESIGN) & Hiasan (DECORATION) untuk bahagian Dinding (WALL) , Lantai (Floor) & Siling(Ceiling).

Syarikat kami setakat ini telah memiliki sekurangnya 3 cawangan jenama kedai iaitu :

Dengan pasukan profesional kami yang berpengalaman dan berkepakaran tinggi dalam bidang ini, kami yakin dapat memberikan perkhidmatan pengubahsuaian, Rekaan Dalaman &Hiasan yang memenuhi bahkan melebihi harapan anda. ZMH Pro Renovation adalah pilihan yang ideal untuk mereka yang menghargai kualiti, ketepatan, dan profesionalisme dalam setiap projek pengubahsuaian, Rekaan Dalaman & Hiasan bagi Lantai, dinding dan siling di sesebuah rumah/bangunan Anda!


Disamping bidang Reno Design Deco yang menjadi asas Utama didalam Perniagaan kami ini, pihak kami juga sedang didalam perancangan menubuhkan pembinaan sebuah Gedung Perniagaan ( Shopping Mall) yang dikenali sebagai ZMH Mall dimana ZMH Mall ini bakal menempatkan Pusat Perniagaan ( Shopping Centre), Pusat Perkhidmatan ( Services Centre ) dan Pusat Hiburan ( Entertainment Centre ) didalam Satu Gedung Bangunan dimana sebahagian Besar dari Bangunan itu adalah gudang (Warehouse) bagi menempatkan barangan perkhidmatan RENO, DESIGN & DECO kami.


Dengan ini, kami adalah Empayar Perniagaan anak Malaysia yang Sedang berjalan kearah duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah dengan Pengusaha Gedung id&deco gergasi Dari Luar Negara seperti iKEA contohnya. Cuma disini, Bezanya kami dengan iKEA adalah, Perniagaan Gedung kami nanti akan Masih tetap memiliki pilihan untuk pelanggan mendapatkan khidmat konsep siap barang & siap pasang disamping konsep DiY juga bakal diwujudkan dengan pengkhususan kepada product yang lebih BERKUALITI sahaja bagi memastikan para pelanggan akan menikmati lebih banyak pilihan yang memuaskan, lebih memudahkan & lebih mesra pelanggan.

Walaupun rancangan pembinaan secara fizikal Mall ini adalah Masih dibawah status perbincangan dan penyusunan pelan, Namun didalam website ini kami telah pun hampir sepenuhnya Berjaya membina ZMH Mall secara Online Mall dengan didalamnya telah terdapat beberapa Jenis kedai online, Hiburan berprestij (click Hiburan kami) & perkhidmatan professional yang Ada terdapat didalam ZMH Mall Online ini, Antaranya adalah : Kedai Buku Online, ZMH Cafe Conner, Rumah&bilik Sewa Centre By ZMHpro, Kereta Sewa Centre By ZMHpro, kedai Shopee ZMH, Kedai Lazada ZMH, ZMH Mart dan ZMH Homestay. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ini Sila click (ZMH Mall).


Bagi Perniagaan Utama kami Pula, khidmat Reno Design & Deco dari Pasukan hebat kami pada saat ini menawarkan sentuhan halus, teliti lagi berkualiti tinggi. Disamping hasil kerja yang kemas, cepat dan tepat. Dengan komitmen kami terhadap ketelusan dan kecekapan, kami memastikan setiap projek yang kami terima dijalankan dengan penuh dedikasi untuk mencapai kepuasan maksimum kepada pelanggan.

Perkhidmatan Kami

Kejayaan Terdahulu dan Permintaan Berulang Kami

Rekaan Dalaman/Ubahsuai

Maklumat lanjut

Tawaran Kami

ZMH Mall

Shop Centre
Entertainment Centre

Nikmati Masa

Hiburan Kami